SKYTREX LANGKAWI - FROM ALIEN TO BLOGGER

Monday, October 15, 2018

SKYTREX LANGKAWI

One of the attraction dekat Langkawi ni is SKYTREX...korang mesti selalu dengar kan benda ni...budak budak yang tinggal di KL dan Shah Alam mesti tahu dan pernah cuba benda di Shah Alam, SKYTREX ni based on Shah Alam.

So sesiapa yang takut tinggi kena cuba benda ni...aku sangat lah gayat dan takut at the time tapi nak kena cuba jugak sebab kalau tak buat sampai sudah laa kau akan takut dengan tinggi sampai tua...hahaha


Cerita ini bermula pada hari kedua aku kat Langkawi...dah laa bangun lambat tak sempat nak breakfast lepas tu terus gerak ke sini sebab jadual kita orang start jam 9.00 pagi dengan perut lapar lah aku memanjat dan bergayut dekat SKYTREX ni.

Untuk korang yang nak cuba SKYTREX ni...dia ada a few option untuk korang pilih sebab kat sini dia tak ada laa letak halangan dan rintangan dia tu sama je...dia ada beginner, intermediate dan advance. So halangan untuk setiap stage ni lain okayy....



Yakin nya kami...kann nampak relax je kan muka kami semua sebelum bertolak ke atas pokok bergayut dan memanjat tangga. Okay selepas kita orang dah pakai tali keselamatan dan check carabiner hook kami dalam keadaan selamat kami semua di berikan sedikit tunjuk ajar penjelasan cara menggunakan alatan ini semasa di atas sana nanti dan di berikan percubaan menggunakan nya sewaktu di platform yang bawah.

Penting ya apa yang abang SKYTREX kita terangkan sebab nyawa korang bergantung pada tali keselamatan yang dekat badan korang tu tau...so kena tahu cara penggunaan yang betul dan apa yang perlu dibuat dan apa tak tak boleh dibuat ketika berada di atas sana nanti.


Tinggi dekat sini aku tak sure berapa tapi lebih daripada 60 meter agak nya...tapi sebenar nya bila korang dah berada di atas tu just enjoy it okay...buang perasaan takut tu sebab nya once you guys dah try mesti seronok percayalah. At the first aku pon rasa gayat dan takut nak buat...then after dah lepas a few obstacle atas tu aku dah rasa seronok nak buat lagi halangan di depan.


Seronok bukan ?? Aktiviti yang mencabar tapi berbaloi...penat tapi dapat pengalaman yang berbaloi...sangat sangat bagi korang yang muda muda ni yang datang bercuti ke Langkawi ni untuk mencuba SKYTEX ni yang berada di Kampung Kok.


Dekat sini ada macam macam halangan yang kita akan tempuh dengan yakin dan berani gittuu...hahaha. So brave yourself ya...semua orang tak kisah laa dari dalam atau luar negara dia orang mesti datang ke SKYTREX ni bila dia orang datang ke Langkawi ni sebab SKYTREX ni antara salah satu tarikan pelancong juga.

Memang berbaloi laa bagi sesiapa yang mencuba SKYTREX ni...takkan kita nak habis kan masa berjalan dan tidur je di hotel kan. Lebih baik buat aktiviti sihat macam betul tak anak anak semua...ehh tiberrr...hahaha. Kena laa bergurau sikit awak nanti bosan kan....


Kalau dah tergantung macam tu di ketinggi lebih daripada 50 meter apa perasaan korang ? Mesti berpeluh dari atas sampai bawah kan..hahaha. Jangan pandang bawah just fokus ke hadapan tempat yang korang kena tuju. Lagi lama korang tergantung atas tu lagi laa takut kan..so teruskan sahaja. You can do it !! Jerit kawan kawan aku yang dah lepas di depan...supportive nya kamu..muahh



Gambar semasa di atas tak banyak sangat sebab masa aktiviti kita orang ni hujan...so siapa yang ada go pro or action cam bawak okayy...rakam kan detik detik indah anda semasa di atas sana dan juga nak bagitahu pihak SKYTREX ada juga sediakan waterproof bag dan mineral water setiap seorang so korang boleh bawah handphone korang dan tidak akan rasa haus...baik kan pihak SKYTREX ni

Untuk mencuba aktiviti ni korang kena booking dan contact dulu sebab dia ada waktu waktu tertentu sahaja untuk setiap sesi pada setiap hari ya.

For more info :

https://www.skytrex-adventure.org/langkawi

https://www.instagram.com/skytrexadventure/

https://www.facebook.com/skytrexadventure

https://twitter.com/skytrex_adv

SKYTREX LANGKAWI SDN BHD
(Please call only from 9am – 6pm)
Tel: +6019 280 5679
Email:langkawi@skytrex-adventure.com









Share with your friends

Give us your opinion

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain.
Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh
menghubungi saya okay.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan.
Ia boleh berubah tanpa perlu sebarang pemberitahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.