FROM ALIEN TO BLOGGER

Friday, November 15, 2019

2 DAYS 1 NIGHT @ LOST WORLD OF TAMBUN

AWESOME HOLIDAYS BY SUNWAY LOST WORLD OF TAMBUN

HARI PERTAMA - AKTIVITI DI MALAM HARI


Hye korang jom sambung cerita dari post ini https://ehasyraff.blogspot.com/2019/11/2-days-1-night-lost-world-of-tambun.html

Kalau korang belum baca post di atas sila klik link tu yerr...tak best laa kalau terus baca post yang ini.
Okay ? Jom sambung cerita sebelah malam pula ketika aku berada di Lost World of Tambun ni....
Pada sebelah malam pula aku berada seperti di dunia lain or seperti di dunia avatar...semuanya bercahaya dan terang dalam gelap. Dan nama tempat itu adalah Luminous Forest, tempat dia sangat cantik untuk bergambar bagi siapa yang suka bergambar sini lah tempatnya.






Cantik kan ?? Luminous Forest ini hanya terdapat di Lost World of Tambun sahaja okay...so kalau berkenan nak ke sini kedatangan korang sangat di alu alukan kerana korang takkan menyesal datang ke sini dan duit yang korang spend tu sangat berbaloi.




Selepas puas aku berjalan dalam Luminous forest ni dan selepas beribu keping gambar sudah diambil aktiviti seterusnya yang aku buat adalah Flaming Precussion Show (tak faham apa maksud dia google laa yer) hehehe...

Dia macam pertunjukan api gitu...macam tepi pantai yang selalu orang buat tu...tapi di Lost World of Tambun ni show dia sangat luar biasa dan yang lakukan show ini sangat berpengalaman dan profesional dalam melakukan aktiviti ini. Bermain dengan api bukan sesuatu yang mudah yer...orang yang betul betul mahir sahaja boleh buat tanpa cedera.





If you guys tak dapat nak tengok video ni...korang boleh click link ni yer.....

1) https://youtu.be/8FfuU2MewXc
2) https://youtu.be/RYJwVjVN_Vk

Selain daripada tu korang juga boleh enjoy Hot Spring kerana ianya dibuka di waktu malam sehingga 11.00 malam.

Artikel ini ikhlas dan jujur dari hati saya  dan ditaip oleh jari jemari manis asyraff. Sekian =)

For More Info : 

Facebook : https://www.facebook.com/lostworldoftambun/
Instagram : https://www.instagram.com/sunwaylostworldoftambun/
Twitter : https://twitter.com/lwotmalaysia


Address

Sunway Lost World Water Park Sdn. Bhd. (240342-P)
No.1, Persiaran Lagun Sunway 1,
Sunway City Ipoh,
31150 Ipoh, Perak Darul Ridzuan,
Malaysia
Theme park tel: +605 542 8888
Hotel tel: +605- 540 8888
Fax: +605- 542 8899
Email: lostworldoftambun@sunway.com.my

Operating Hours

THEME PARK
Open Mon-Fri: 11:00am till 6:00pm
Weekends, School and Public Holidays: 10:00am till 6:00pm
Closed on Tuesday, except on Malaysian school & public holidays.
LOST WORLD HOT SPRINGS NIGHT PARK
Open daily: 6:00pm till 11:00pm
Crystal Spa Treatment: 12.00 noon till 11:00pm
Luminous Forest: 8:00pm till 10:00pm

Wednesday, November 13, 2019

2 DAYS 1 NIGHT @ LOST WORLD OF TAMBUN

AWESOME HOLIDAYS BY SUNWAY LOST WORLD OF TAMBUN

HARI PERTAMA - AKTIVITI DI SIANG HARI

Ipoh 11 November 2019 - Jom bercuti dan luangkan masa bersama keluarga dan kawan kawan di Lost World of Tambun Ipoh. Banyak aktiviti yang boleh korang buat dekat sini dan aku akan kongsikan dekat korang a few activity yang aku buat selama 2 hari 1 malam aku berada di sini. Jom baca sampai habis....

Lost World of Tambun bukan sekadar "taman tema air" ianya lebih daripada tu kerana dikelilingi dengan hutan tropika yang rimbun, air panas semula jadi dan ciri ciri batu kapur yang menakjubkan dari 400 juta tahun dan tujuh taman tarikan yang menakjubkan menjadikan destinasi ini pilihan pelancong luar dan dalam negara.


 Sebaik sahaja kami sampai di Lost World of Tambun ni kami semua menaiki train yang telah disediakan dan kami semua di bawa mengililingi sekitar taman tema ini kerana terdapat banyak tempat yang menarik untuk kami tonton kan.


Selain daripada hotel di sini juga ada menawarkan konsep camping ataupun perkhemahan bagi sesiapa yang suka kan nature dan juga outdoor. Tempat yang sangat sesuai kerana di kelilingi dengan kehijauan hutan dan tasik yang menjadikan tempat ini tenang dan sejuk secara semula jadi.



Bagi sesiapa yang inginkan ketenangan alam semula jadi dan nak lari daripada kesesakan bandar ini lah tempat nya. Tak perlu pergi jauh jauh pun...dekat Ipoh, Perak je. Kira kira 3 jam perjalanan daripada Kuala Lumpur.

Lost World of Tambun ini sangat disarankan bagi korang untuk melakukan aktiviti bersama keluarga dan juga kawan kawan.


Disini juga terdapat beberapa jenis haiwan yang dijaga rapi oleh pihak Lost World of Tambun untuk menjadi tarikan kepada sesiapa sahaja yang datang ke sini.

BARBIE - YOU CAN BE ANYTHING
Pada tahun ini, Mattel mengumumkan Jelajah Barbie ‘You Can Be Anything’ sempena 60 tahun memberikan inspirasi tanpa batasan kepada setiap gadis. Hari ini, Barbie mencetuskan imaginasi dengan kerjaya yang menarik dan fesyen yang menyeronokkan yang memberi inspirasi serta potensi tanpa batasan kepada setiap gadis.



Di Lost World Of Tambun, pengunjung berpeluang untuk mengambil gambar di rumah impian kerjaya Barbie dan meneroka kerjaya yang berbeza dalam zon ‘You Can Be Anything’ untuk berdandan. Anda juga boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang kerjaya yang paling ikonik Barbie telah dipegang sejak 60 tahun yang lalu. Kanak-kanak akan terpesona dan merasa kagum dengan ruang seni dan juga kawasan almari Barbie. Personakan anak-anak anda dengan ruang seni dan almari Barbie Khas buat mereka. Selain daripada ‘Meet and Greet’, anda juga berpeluang untuk menikmati parti minum petang bersama Barbie!




Hot Wheels – Challenge Accepted

Perhatian kepada pelumba, ada cabaran baru di bandar untuk anda ! Lost World Of Tambun membina trek lumba untuk Hot Wheels untuk para peminat Hot Wheels. Kanak-kanak boleh bermain dan berlumba bersama rakan-rakan di trek setiap hari. Anda juga boleh melawati zon Challege Accepted dan menonton perlumbaan terakhir yang diadakan pada jam 4 petang setiap hari dan berpeluang memenangi hadiah premium dari Hot Wheels.










info : 
Tentang Mattel
Mattel adalah sebuah syarikat global hiburan kanak-kanak yang terkemuka di mana mengkhusus dalam reka bentuk dan pengeluaran mainan yang berkualiti serta produk pengguna. Kami mencipta inovasi dalam suatu produk serta pengalaman yang memberikan inspirasi, menghiburkan dan membentuk kanak-kanak melalui permainan. Kami berhubung dengan pengguna menerusi portfolio kami francais ikonik, termasuk Barbie®, Hot Wheels®, American Girl®, Fisher-Price®, Thomas & Friends® dan Mega®, serta jenama popular lain yang kami memiliki serta lesen dengan kerjasama global syarikat hiburan. Tawaran kami termasuk kandungan filem dan televisyen, permainan, muzik dan program secara langsung. Kami beroperasi di 40 lokasi dan menjual produk di lebih 150 buah negara dengan kerjasama syarikat runcit dan teknologi terkemuka di dunia. Sejak ditubuhkan pada tahun 1945, Mattel berbangga menjadi rakan kongsi yang terpercaya dalam meneroka keajaiban masa kanak-kanak dan memperkasakan anak-anak untuk mencapai potensi penuh mereka. Lawati kami dalam talian di www.mattel.com.

untuk aktiviti sebelah malam sila baca next post yer....

Sunway Lost World Water Park Sdn. Bhd. (240342-P)
No.1, Persiaran Lagun Sunway 1,
Sunway City Ipoh,
31150 Ipoh, Perak Darul Ridzuan,
Malaysia
Theme park tel: +605 542 8888
Hotel tel: +605- 540 8888
Fax: +605- 542 8899
Email: lostworldoftambun@sunway.com.my

THEME PARK
Open Mon-Fri: 11:00am till 6:00pm
Weekends, School and Public Holidays: 10:00am till 6:00pm
Closed on Tuesday, except on Malaysian school & public holidays.
LOST WORLD HOT SPRINGS NIGHT PARK
Open daily: 6:00pm till 11:00pm
Crystal Spa Treatment: 12.00 noon till 11:00pm

Luminous Forest: 8:00pm till 10:00pm

For ticket price please click link below :
https://sunwaylostworldoftambun.com/tickets-rentals/#1551362473707-083b2910-a36d

Friday, November 9, 2018

THE BEST PLACE TO HAVE BREAKFAST

SMILING BUFFALO

Hi pembaca blog aku...ade ke ? hehehe...okay untuk this post aku nak cadangkan sedikit la tempat makan yang the best bagi aku yang korang jugak harus cuba bila berada di Langkawi. Okay jom sambung baca.....


Dekat sini sangat nyaman dan segar kerana tempat ini dikeliling dengan pokok pokok yang hijau hiasan yang cantik dan antik melengkapkan lagi hari korang.




Nampak berselerakan ?? Tipu laa tak terliur bila tengok gambar ni...aku pon setiap kali tengok gambar ni mesti terbayangkan rasa dia sekali rasa macam nak jilat screen je hahaha. Seperti yang korang nampak hidangan untuk sarapan kami semua sangat menyelerakan dan mengenyangkan. Walaupon korang makan sikit je dah terasa penuh perut sebab makanan dia sangat banyak, kualiti dia bagi pancake dan muffin sangat gebu memang sangatlah mengenyangkan.


Semua dah tak sabar nak makan sampai licin dan jilat pinggan tapi masih lagi boleh control nak senyum sebab nak bergambar.




Seperti yang aku cakap tadi tempat ni memang dipenuhi dengan pokok pokok yang hijau, bunga bunga yang cantik terasa seperti di kampung halaman sendiri kan. Di tambah pula dengan rekaan cafe dia tu macam rumah kampung yang lama sangat klasik.

Jadi bagi siapa yang inginkan suasana kampung yang tenang, segar dan dipenuhi dengan tumbuhan hijau boleh lah datang ke sini



Di sini juga ada menyediakan package penginapan yang menarik dan sangat berbaloi untuk dicuba bagi keluarga mahupun golongan muda. Untuk info yang lebih lanjut boleh lawati instagram dan facebook SMILING BUFFALO.

Instagram - https://www.instagram.com/smilingbuffalo/

Facebook - https://www.facebook.com/Smilingbuffalocafe/

UMGAWA LEGENDARY ADVENTURES

LANGKAWI GREATEST ZIPLINE ADVENTURE


Hi dan assalammualaikum....siapa kat sini suka buat aktiviti lasak, uji ketakutan, dan suka bergayut ? Haa...meh sini aku nak cerita sikit pengalaman aku main zip line kat UMGAWA LEGENDARY ADVENTURES di Langkawi.



Kami semua diberikan satu borang setiap seorang untuk disikan bagi tujuan keselamatan, supaya senang nanti jika apa apa terjadi kat situ ada emergency contact number kita. So dekat sini pihak UMGAWA LEGENDARY ADVENTURES sangat menitik beratkan keselamatan pelangan mereka.



As soon we arrived here...semua staff kat sini sangat peramah dan mesra. Kita orang di sambut meriah dan diberikan sedikit taklimat sebelum memulakan aktiviti di atas nanti. Kami semua diberitahu apa yang tak patut di buat semasa di atas sana nanti dan apa yang perlu di buat semasa di atas sana nanti. Untuk keselamatan korang kena beri perhatian dan dengar betul betul apa yang pihak UMGAWA LEGENDARY ADVENTURE akan sampaikan. Selepas sudah diberitahu apa yang patut, kami semua di pakai kan tali keselamatan oleh staff UMGAWA tali keselamatan kami di pasang rapi dan dijamin selamat kerana semua nya masih dalam keadaan baik.



Selepas semua sudah memakai tali keselamatan, kami semua diberikan sedikit demostrasi oleh pihak UMGAWA LEGENDARY ADVENTURES bagaimana untuk menggunakan peralatan yang disediakan dan macam mana nak gunakan carabiner hook dengan betul.


Selepas semuanya dah faham dan dah tahu macam mana nak gunakan carabiner hook dengan betul, kami pon memulakan perjalanan kami dengan menaiki tangga ke atas hingga ke tempat yang dituju. Masa panjat tangga ni pon dah penat wehh...belum sampai atas lagi, tapi takpe korang jangan risau sebab apa...staff UMGAWA LEGENDARY ADVENTURES ni dia orang akan bawak satu bag yang berisi air mineral untuk diberikan kepada korang yang mana penat dan haus. Suka kan ?...orang siap bawak kan air lagi untuk kita.




Semua muka happy dan seronok nampak tak ?? Sebenarnya aku ni takut kepada ketinggian tau...tapi sampai bila nak takut kan. Jadi bagi korang yang takut kan tinggi korang mesti kena cuba ni...sebab nya selepas je korang dah cuba aktiviti macam ni rasa gayat dan takut korang tu akan berubah kepada keseronokan. Aku tahu dan aku dah rasa ianya sangat sangat menjadi.







Nampak tak semua happy je dan dah tak takut lagi. Sebenarnya ada lagi sorang kawan aku yang takut dengan tinggi ni tapi dia berjaya jugak habiskan semuanya. Sangat kagum laa dengan dia ni sebab dalam takut takut dia tu sampai tergelak gelak sebab nak hilangkan rasa takut 😂😂😂
tetapi dia berjaya habiskan semua 12 halangan. Hebat bukan?...



 Terima kasih UMGAWA LEGENDARY ADVENTURES kerana membuatkan hari kami semua lebih seronok dan bermakna dengan melakukan aktiviti ini. Dari atas ni korang boleh tengok view hutan tropika yang sangat hijau dan segar. Selain itu, ada satu part ni korang akan merentasi Air Terjun Telaga Tujuh...sangat cantik wehh view dari atas ni...terima kasih sekali lagi untuk pihak UMGAWA kerana memberikan pengalaman yang tak dapat dilupakan.



Semuanya seronok dan enjoy gila bila berada di atas ni. Jom lakukan aktiviti yang bermakna seperti ini bila korang datang ke Langkawi ni kerana ianya sangat berbaloi dalam masa yang sama dapat menghabiskan masa dengan aktiviti yang berkualiti dengan kawan kawan.


Akhirnya selepas 2 jam berada di atas pokok kami semua berjaya menghabiskan kesemua halangan yang ada di sini. Kami berjaya turun dan masih lagi bernafas dan lega rasa dapat pijak tanah..hahaha syukur alhamdullilah semua nya berjalan dengan lancar.

So guys...aku cadangkan apabila korang datang ke Langkawi ni korang WAJIB cuba aktiviti ni di UMGAWA LEGENDARY ADVENTURES . Face your fear !! 

Thank you to UMGAWA LEGENDARY ADVENTURES for your time and keep us safe all the way from start till the end.

For more info please refer info below : 

https://www.ziplinelangkawi.com/

https://www.facebook.com/UmgawaLegendaryAdventures/



Asal SEO