UMGAWA LEGENDARY ADVENTURES - FROM ALIEN TO BLOGGER

Friday, November 9, 2018

UMGAWA LEGENDARY ADVENTURES

LANGKAWI GREATEST ZIPLINE ADVENTURE


Hi dan assalammualaikum....siapa kat sini suka buat aktiviti lasak, uji ketakutan, dan suka bergayut ? Haa...meh sini aku nak cerita sikit pengalaman aku main zip line kat UMGAWA LEGENDARY ADVENTURES di Langkawi.



Kami semua diberikan satu borang setiap seorang untuk disikan bagi tujuan keselamatan, supaya senang nanti jika apa apa terjadi kat situ ada emergency contact number kita. So dekat sini pihak UMGAWA LEGENDARY ADVENTURES sangat menitik beratkan keselamatan pelangan mereka.



As soon we arrived here...semua staff kat sini sangat peramah dan mesra. Kita orang di sambut meriah dan diberikan sedikit taklimat sebelum memulakan aktiviti di atas nanti. Kami semua diberitahu apa yang tak patut di buat semasa di atas sana nanti dan apa yang perlu di buat semasa di atas sana nanti. Untuk keselamatan korang kena beri perhatian dan dengar betul betul apa yang pihak UMGAWA LEGENDARY ADVENTURE akan sampaikan. Selepas sudah diberitahu apa yang patut, kami semua di pakai kan tali keselamatan oleh staff UMGAWA tali keselamatan kami di pasang rapi dan dijamin selamat kerana semua nya masih dalam keadaan baik.



Selepas semua sudah memakai tali keselamatan, kami semua diberikan sedikit demostrasi oleh pihak UMGAWA LEGENDARY ADVENTURES bagaimana untuk menggunakan peralatan yang disediakan dan macam mana nak gunakan carabiner hook dengan betul.


Selepas semuanya dah faham dan dah tahu macam mana nak gunakan carabiner hook dengan betul, kami pon memulakan perjalanan kami dengan menaiki tangga ke atas hingga ke tempat yang dituju. Masa panjat tangga ni pon dah penat wehh...belum sampai atas lagi, tapi takpe korang jangan risau sebab apa...staff UMGAWA LEGENDARY ADVENTURES ni dia orang akan bawak satu bag yang berisi air mineral untuk diberikan kepada korang yang mana penat dan haus. Suka kan ?...orang siap bawak kan air lagi untuk kita.




Semua muka happy dan seronok nampak tak ?? Sebenarnya aku ni takut kepada ketinggian tau...tapi sampai bila nak takut kan. Jadi bagi korang yang takut kan tinggi korang mesti kena cuba ni...sebab nya selepas je korang dah cuba aktiviti macam ni rasa gayat dan takut korang tu akan berubah kepada keseronokan. Aku tahu dan aku dah rasa ianya sangat sangat menjadi.







Nampak tak semua happy je dan dah tak takut lagi. Sebenarnya ada lagi sorang kawan aku yang takut dengan tinggi ni tapi dia berjaya jugak habiskan semuanya. Sangat kagum laa dengan dia ni sebab dalam takut takut dia tu sampai tergelak gelak sebab nak hilangkan rasa takut 😂😂😂
tetapi dia berjaya habiskan semua 12 halangan. Hebat bukan?...



 Terima kasih UMGAWA LEGENDARY ADVENTURES kerana membuatkan hari kami semua lebih seronok dan bermakna dengan melakukan aktiviti ini. Dari atas ni korang boleh tengok view hutan tropika yang sangat hijau dan segar. Selain itu, ada satu part ni korang akan merentasi Air Terjun Telaga Tujuh...sangat cantik wehh view dari atas ni...terima kasih sekali lagi untuk pihak UMGAWA kerana memberikan pengalaman yang tak dapat dilupakan.



Semuanya seronok dan enjoy gila bila berada di atas ni. Jom lakukan aktiviti yang bermakna seperti ini bila korang datang ke Langkawi ni kerana ianya sangat berbaloi dalam masa yang sama dapat menghabiskan masa dengan aktiviti yang berkualiti dengan kawan kawan.


Akhirnya selepas 2 jam berada di atas pokok kami semua berjaya menghabiskan kesemua halangan yang ada di sini. Kami berjaya turun dan masih lagi bernafas dan lega rasa dapat pijak tanah..hahaha syukur alhamdullilah semua nya berjalan dengan lancar.

So guys...aku cadangkan apabila korang datang ke Langkawi ni korang WAJIB cuba aktiviti ni di UMGAWA LEGENDARY ADVENTURES . Face your fear !! 

Thank you to UMGAWA LEGENDARY ADVENTURES for your time and keep us safe all the way from start till the end.

For more info please refer info below : 

https://www.ziplinelangkawi.com/

https://www.facebook.com/UmgawaLegendaryAdventures/



Share with your friends

Give us your opinion

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain.
Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh
menghubungi saya okay.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan.
Ia boleh berubah tanpa perlu sebarang pemberitahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.