JET SKI TOUR BY MEGA WATER SPORTS - FROM ALIEN TO BLOGGER

Tuesday, October 9, 2018

JET SKI TOUR BY MEGA WATER SPORTS

Naik JET SKI ???? Mula mula dengar memang sangat excited dan tak sabar nak mulakan activiti ni...sebab memang suka activiti macam ni dan ini jugak kali pertama aku naik JET SKI kat Langkawi ni walaupon matahari terik di atas kepala dan kami semua bakal jadi rentung seketika..hahaha



Cantik kan view dia ? Sambil jalan kaki kat sini mesti laa kena ambil gambar rugi kot kalau tak ambil gambar kenangan ni...nak pergi lagi sekali entah bila kan..haha



Cantik tak kami semua ? hehehe...sebelum kita mulakan aktiviti Jet Ski Tour ini gambar mesti kena ada nanti dah naik Jet Ski tu macam mana nak ambik gambar kan basar pulak telefon nanti tapi bagi siapa yang ada waterproof camera boleh laa bawak skali. Kalau korang tidak ada waterproof bag korang jangan risau okay MEGAWATERSPORTS ada sediakan waterproof bag untuk korang letak semua barang barang yang korang nak bawak masa menaiki Jet Ski ni



Sebelum mula kan aktiviti pihak MEGAWATERSPORTS akan buat sedikit briefing apa yang perlu dibuat dan yang tidak perlu dibuat ketika menaiki Jet Ski...So kat sini korang kena pay attention sepenuhnya for your own safety jugak. Dan juga kami di beri tahu cara untuk memahami signal tangan ketika menunggang Jet Ski...so apa yang leader korang arahkan menggunakan signal tangan korang akan faham




Selepas selesai dan faham semua yang dibincangkan oleh pihak MEGAWATERSPORTS kita orang di berikan jaket keselamat, kasut yang sesuai untuk menaiki Jet Ski dan juga waterproof bag. Setelah semua selesai memakai jaket dan kasut yang diberikan kita orang terus pilih dan naik Jet Ski yang mana kita orang nak...disinilah segalanya bermula..HAHAHA




INDAH bukan ?? Sangat cantik ciptaan tuhan. Selepas 1 jam  lebih kami semua dah mula pandai untuk mengawal macam mana nak bawak Jet Ski ni ke arah yang kita mahukan...pada mulanya agak susah jugak tetapi ianya tidak lama hanya selepas beberapa jam sahaja kami semua dah boleh kawal dengan baik.....Selepas pusing pusing pulau, kami ke Tasik Dayang Bunting tempat yang wajib korang pergi jika datang ke Langkawi.



Sedap mata memandang kan ? Macam mana boleh ada tasik air tawar di tengah laut dari tempat kita orang datang tadi hebat sungguh ciptaan tuhan dan satu pengalaman yang tak dapat dilupakan...dengan hanya menaiki Jet Ski sahaja kami semua ke sini...hebatnya kamu 😉



Di sini kami diberi masa sedekit untuk mandi dan mengambil gambar dan kami juga diingatkan supaya berhati hati dengan monyet nakal...sebelum korang sampai ke Tasik Dayang Bunting ini korang kena berjalan kaki dan panjat sidikit tangga...so semasa korang berjalan ni lah monyet monyet nakal ni akan duduk tepi or tengah tengah jalan yang kau nak jalan tu. Satu benda yang JANGAN BUAT jika korang terserempak dengan monyet nakal adalah SEMYUM NAMPAK GIGI...macam pelik kan bunyi dia tapi inilah yang dipesan oleh leader Jet Ski kami Mr.Tong dari MEGAWATERSPORTS



Selepas sudah puas mandi kat sini kita orang teruskan perjalan semula ke laut dan singgah di tempat tempat yang cantik untuk bergambar dan berehat sambil menikmati permandangan yang indah ni....




Kita orang di beri peluang untuk mengambil gambar dan membawa Jet Ski kemana saja yang kita orang mahukan tetapi tidak boleh jauh dari leader kami Mr.Tong dengan syarat boleh nampak dengan mata dan dengar bila leader kami panggil. 



Ada tempat yang menarik leader kami bawakkan untuk bermandi manda sekejap...kawasan dia kurang ombak dan senang untuk berenang dan berendam seketika...nampak macam atlet renang malaysia tak?...hehehehe

Selepas itu kita orang ke Pulau Beras Basah pula untuk berehat rehat dan mengambil gambar.....


Banyak hidupan laut yang ada di tepi pantai ni...masa kita orang sampai tu air laut mungkin tengah surut dan cetek boleh nampak batu batu dan karang laut...kat situ kita orang nampak ikan kecil, gamat, ketam dan macam macam lagi lah...


Nampak tak muka happy dapat tangkat ketam guna tangan je...hehehehe. So dekat kawasan sekitar ni laa terdapat banyak hidupan laut yang korang boleh tengok dengan mata sendiri dan sentuh dengan tangan sendiri...pengalaman yang tidak boleh dilupakan.

Selama 4 jam kami menaiki jet ski ini....kami ke sana ke sini...ke pulau sana pulau sini dengan hanya menggunakan jet ski sahaja...hebat tak kami ? hehehehe....Jutaan terima kasih kepada MEGAWATERSPORTS kerana menjadikan Jet Ski Tour kami sangat bermakna dan sangat seronok...in love with Langkawi island ❤❤

So guys....if korang datang ke Langkawi ni dan tak tahu nak buat aktiviti apa korang boleh laa cuba Jet Ski Island Tour ini oleh MEGAWATERSPORTS

FOR MORE INFO :

Do check out the packages /or for more info, check out https://megawatersports.com
Address : Pantai Cenang, Jalan Pantai Cenang, 07000 Mukim Kedawang, Kedah
Hours :  
Tuesday8:30AM–6:30PM
Wednesday8:30AM–6:30PM
Thursday8:30AM–6:30PM
Friday8:30AM–6:30PM
Saturday8:30AM–6:30PM
Sunday8:30AM–6:30PM
Monday8:30AM–6:30PM
Phone :  012-200 2155

The Langkawi Travelogue is brought to you in a collaboration between Borakkita Media / Travelogue Malaysia and The Influenzas team.. supported by LADA. Thanks to our main sponsors – Mega Watersports , Umgawa Legendary AdventuresSea SplashCrocodile AdventurelandOmbak VillaNadias HotelSmiling Buffalo, Huggin’ Hippo….
As well as.. The Cliff Langkawi, Anytime Holidays, Sky Trex and the Royal Langkawi Yacht Club

Share with your friends

1 comment

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain.
Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh
menghubungi saya okay.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan.
Ia boleh berubah tanpa perlu sebarang pemberitahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.