THE BEST PLACE TO HAVE BREAKFAST - FROM ALIEN TO BLOGGER

Friday, November 9, 2018

THE BEST PLACE TO HAVE BREAKFAST

SMILING BUFFALO

Hi pembaca blog aku...ade ke ? hehehe...okay untuk this post aku nak cadangkan sedikit la tempat makan yang the best bagi aku yang korang jugak harus cuba bila berada di Langkawi. Okay jom sambung baca.....


Dekat sini sangat nyaman dan segar kerana tempat ini dikeliling dengan pokok pokok yang hijau hiasan yang cantik dan antik melengkapkan lagi hari korang.




Nampak berselerakan ?? Tipu laa tak terliur bila tengok gambar ni...aku pon setiap kali tengok gambar ni mesti terbayangkan rasa dia sekali rasa macam nak jilat screen je hahaha. Seperti yang korang nampak hidangan untuk sarapan kami semua sangat menyelerakan dan mengenyangkan. Walaupon korang makan sikit je dah terasa penuh perut sebab makanan dia sangat banyak, kualiti dia bagi pancake dan muffin sangat gebu memang sangatlah mengenyangkan.


Semua dah tak sabar nak makan sampai licin dan jilat pinggan tapi masih lagi boleh control nak senyum sebab nak bergambar.




Seperti yang aku cakap tadi tempat ni memang dipenuhi dengan pokok pokok yang hijau, bunga bunga yang cantik terasa seperti di kampung halaman sendiri kan. Di tambah pula dengan rekaan cafe dia tu macam rumah kampung yang lama sangat klasik.

Jadi bagi siapa yang inginkan suasana kampung yang tenang, segar dan dipenuhi dengan tumbuhan hijau boleh lah datang ke sini



Di sini juga ada menyediakan package penginapan yang menarik dan sangat berbaloi untuk dicuba bagi keluarga mahupun golongan muda. Untuk info yang lebih lanjut boleh lawati instagram dan facebook SMILING BUFFALO.

Instagram - https://www.instagram.com/smilingbuffalo/

Facebook - https://www.facebook.com/Smilingbuffalocafe/

Share with your friends

Give us your opinion

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain.
Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh
menghubungi saya okay.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan.
Ia boleh berubah tanpa perlu sebarang pemberitahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.