LAMAN PADI, GEMALAI RESTAURANT & GEMALAI VILLAGE LANGKAWI - FROM ALIEN TO BLOGGER

Wednesday, October 10, 2018

LAMAN PADI, GEMALAI RESTAURANT & GEMALAI VILLAGE LANGKAWI

Laman Padi, Langkawi antara tempat yang menarik untuk di lawati bila ke Langkawi....suasan yang sangat nyaman, hijau dan segar. Bagi sesiapa yang inginkan ketenangan seperti berada di kampung sendiri sinilah tempatnya...segala ketenangan anda bermula disini...gittuuu



Cantik kan pemandangan kat sini ?....dikeliling oleh sawah padi dan bunga bunga yang cantik penyeri Laman Padi ini.

Persembunyian yang indah di mana seseorang dapat menyentuh alam semula jadi dan intipati budaya Melayu, Gemalai adalah produk terbaru Lada Eco-Tourisim di Laman Padi Langkawi. Terletak betul-betul di pintu masuk Pantai Cenang, berjalan kaki ke pantai Cenang, penginapan unik ini mengekalkan pengalaman Melayu Kampung House (Village) dalam suasana Sawah Padi (Rice Field). Terdapat 6 unit chalet yang disediakan untuk para tetamu, yang semuanya menggabungkan konsep rumah tradisional Melayu. Lakukan semuanya atau apa-apa sama sekali....berehat santai menunggu di sini!




Cantik kan ? Di luar ada pemandangan cantik dalam bilik pon cantik dan kemas je...siap ada open bathroom lagi kalau hotel hotel kt tempat lain tak dapat derr macam ni...baru rasa nikmat hirup udara segar sambil mandi terasa macam di kampong sendiri.



Nak cari tempat menarik untuk makan di Langkawi ? jangan risau semua tempat makan kat Langkawi ni sangat menarik....antaranya yang aku boleh cadangkan adalah GEMALAI RESTAURANT....


Restoran ini terletak betul betul di pintu masuk Pantai Chenang...dan restoran ini merupakan tarikan pengunjung untuk ke Laman Padi. Tempat ini mengekalkan konsep dan suasana kampung melayu dan mewarisi pengaruh sawah padi yang memang simbolik dengan negeri Kedah. Pemadangan dan suasana restoran ini pasti akan meningkatkan lagi selera makan korang.


Makan di sini dengan pengalaman melayu kampung, masakan melayu dan masakan barat yang dihidangkan dalam hiasan kampung tradisional. Semua jenis makanan terdapat disini dan anda mempunyai banyak pilihan. Sangat sesuai untuk membawa keluarga makan malam disini kerana masakan dan suasana yang sangat menarik.

So bagi korang yang nak pergi ke Langkawi ni jangan risau kerana di sini terdapat banyak tempat tempat menarik yang korang boleh lawati bagi mengisi hari hari korang disini...banyak tempat makan yang korang boleh cuba so memang tak kan mati kebuluran lah korang bila kat Langkawi ni...hehehehe

For more info please visit this website : 

https://www.geoparkinnlangkawi.com/TheGemalaiVillage

Call : (+604 955 3225)
Laman Padi, Jalan Pantai Cenang, Langkawi, 07000 Kedah.


The Langkawi Travelogue is brought to you in a collaboration between Borakkita Media / Travelogue Malaysia and The Influenzas team.. supported by LADA. Thanks to our main sponsors – Mega Watersports , Umgawa Legendary AdventuresSea SplashCrocodile AdventurelandOmbak VillaNadias HotelSmiling Buffalo, Huggin’ Hippo….
As well as.. The Cliff Langkawi, Anytime Holidays, Sky Trex and the Royal Langkawi Yacht Club

Share with your friends

Give us your opinion

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain.
Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh
menghubungi saya okay.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan.
Ia boleh berubah tanpa perlu sebarang pemberitahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.