2 DAYS 1 NIGHT @ LOST WORLD OF TAMBUN - FROM ALIEN TO BLOGGER

Wednesday, November 13, 2019

2 DAYS 1 NIGHT @ LOST WORLD OF TAMBUN

AWESOME HOLIDAYS BY SUNWAY LOST WORLD OF TAMBUN

HARI PERTAMA - AKTIVITI DI SIANG HARI

Ipoh 11 November 2019 - Jom bercuti dan luangkan masa bersama keluarga dan kawan kawan di Lost World of Tambun Ipoh. Banyak aktiviti yang boleh korang buat dekat sini dan aku akan kongsikan dekat korang a few activity yang aku buat selama 2 hari 1 malam aku berada di sini. Jom baca sampai habis....

Lost World of Tambun bukan sekadar "taman tema air" ianya lebih daripada tu kerana dikelilingi dengan hutan tropika yang rimbun, air panas semula jadi dan ciri ciri batu kapur yang menakjubkan dari 400 juta tahun dan tujuh taman tarikan yang menakjubkan menjadikan destinasi ini pilihan pelancong luar dan dalam negara.


 Sebaik sahaja kami sampai di Lost World of Tambun ni kami semua menaiki train yang telah disediakan dan kami semua di bawa mengililingi sekitar taman tema ini kerana terdapat banyak tempat yang menarik untuk kami tonton kan.


Selain daripada hotel di sini juga ada menawarkan konsep camping ataupun perkhemahan bagi sesiapa yang suka kan nature dan juga outdoor. Tempat yang sangat sesuai kerana di kelilingi dengan kehijauan hutan dan tasik yang menjadikan tempat ini tenang dan sejuk secara semula jadi.



Bagi sesiapa yang inginkan ketenangan alam semula jadi dan nak lari daripada kesesakan bandar ini lah tempat nya. Tak perlu pergi jauh jauh pun...dekat Ipoh, Perak je. Kira kira 3 jam perjalanan daripada Kuala Lumpur.

Lost World of Tambun ini sangat disarankan bagi korang untuk melakukan aktiviti bersama keluarga dan juga kawan kawan.


Disini juga terdapat beberapa jenis haiwan yang dijaga rapi oleh pihak Lost World of Tambun untuk menjadi tarikan kepada sesiapa sahaja yang datang ke sini.

BARBIE - YOU CAN BE ANYTHING
Pada tahun ini, Mattel mengumumkan Jelajah Barbie ‘You Can Be Anything’ sempena 60 tahun memberikan inspirasi tanpa batasan kepada setiap gadis. Hari ini, Barbie mencetuskan imaginasi dengan kerjaya yang menarik dan fesyen yang menyeronokkan yang memberi inspirasi serta potensi tanpa batasan kepada setiap gadis.



Di Lost World Of Tambun, pengunjung berpeluang untuk mengambil gambar di rumah impian kerjaya Barbie dan meneroka kerjaya yang berbeza dalam zon ‘You Can Be Anything’ untuk berdandan. Anda juga boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang kerjaya yang paling ikonik Barbie telah dipegang sejak 60 tahun yang lalu. Kanak-kanak akan terpesona dan merasa kagum dengan ruang seni dan juga kawasan almari Barbie. Personakan anak-anak anda dengan ruang seni dan almari Barbie Khas buat mereka. Selain daripada ‘Meet and Greet’, anda juga berpeluang untuk menikmati parti minum petang bersama Barbie!




Hot Wheels – Challenge Accepted

Perhatian kepada pelumba, ada cabaran baru di bandar untuk anda ! Lost World Of Tambun membina trek lumba untuk Hot Wheels untuk para peminat Hot Wheels. Kanak-kanak boleh bermain dan berlumba bersama rakan-rakan di trek setiap hari. Anda juga boleh melawati zon Challege Accepted dan menonton perlumbaan terakhir yang diadakan pada jam 4 petang setiap hari dan berpeluang memenangi hadiah premium dari Hot Wheels.










info : 
Tentang Mattel
Mattel adalah sebuah syarikat global hiburan kanak-kanak yang terkemuka di mana mengkhusus dalam reka bentuk dan pengeluaran mainan yang berkualiti serta produk pengguna. Kami mencipta inovasi dalam suatu produk serta pengalaman yang memberikan inspirasi, menghiburkan dan membentuk kanak-kanak melalui permainan. Kami berhubung dengan pengguna menerusi portfolio kami francais ikonik, termasuk Barbie®, Hot Wheels®, American Girl®, Fisher-Price®, Thomas & Friends® dan Mega®, serta jenama popular lain yang kami memiliki serta lesen dengan kerjasama global syarikat hiburan. Tawaran kami termasuk kandungan filem dan televisyen, permainan, muzik dan program secara langsung. Kami beroperasi di 40 lokasi dan menjual produk di lebih 150 buah negara dengan kerjasama syarikat runcit dan teknologi terkemuka di dunia. Sejak ditubuhkan pada tahun 1945, Mattel berbangga menjadi rakan kongsi yang terpercaya dalam meneroka keajaiban masa kanak-kanak dan memperkasakan anak-anak untuk mencapai potensi penuh mereka. Lawati kami dalam talian di www.mattel.com.

untuk aktiviti sebelah malam sila baca next post yer....

Sunway Lost World Water Park Sdn. Bhd. (240342-P)
No.1, Persiaran Lagun Sunway 1,
Sunway City Ipoh,
31150 Ipoh, Perak Darul Ridzuan,
Malaysia
Theme park tel: +605 542 8888
Hotel tel: +605- 540 8888
Fax: +605- 542 8899
Email: lostworldoftambun@sunway.com.my

THEME PARK
Open Mon-Fri: 11:00am till 6:00pm
Weekends, School and Public Holidays: 10:00am till 6:00pm
Closed on Tuesday, except on Malaysian school & public holidays.
LOST WORLD HOT SPRINGS NIGHT PARK
Open daily: 6:00pm till 11:00pm
Crystal Spa Treatment: 12.00 noon till 11:00pm

Luminous Forest: 8:00pm till 10:00pm

For ticket price please click link below :
https://sunwaylostworldoftambun.com/tickets-rentals/#1551362473707-083b2910-a36d

Share with your friends

Give us your opinion

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain.
Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh
menghubungi saya okay.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan.
Ia boleh berubah tanpa perlu sebarang pemberitahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.