SUNSET DINNER CRUISE BY SEA SPLASH LANGKAWI - FROM ALIEN TO BLOGGER

Tuesday, October 16, 2018

SUNSET DINNER CRUISE BY SEA SPLASH LANGKAWI

Aktiviti ni antara salah satu yang aku tak dapat lupakan, bersama SEA SPLASH Langkawi menaiki Cruise di Langkawi pusing pusing pulau sambil mengnikmati pandangan senja di lautan terbentang luas. Untuk pengetahuan korang ya SEA SPLASH are the FIRST and the ONLY Non-Alcohol Cruise in Langkawi. Memang sangat seronok dan rindu nak buat aktiviti ni lagi dengan kawan kawan tersyantik aku...hehehe



Bila berjalan kat sini kita boleh nampak sangat penuh dengat kapal kapal mewah seperti yacht dan  cruise parking di sini..untuk pengetahuan korang orang yang datang melancong ke Langkawi ni lebih banyak datang menggunakan kapal seperti yacht dan cruise berbanding yang datang menggunakan kapal terbang dan jalan darat. Contoh laa eh, daripada 4juta pelancong datang ke Langkawi ni 3juta daripadanya datang menggunakan kapal...hebat dan kaya bukan ? haha...kau tahu tak nak parking kapal dia orang ni bukan nya sikit duit tau....



Nampak tak muka keriangan di situ ? hahaha...ini lah kawan kawa I yang syantik tu syantik tak kami..hehehe. Selepas je semua dah berada di atas kapal kami terus bertolak ke Dataran Helang bagi sesiapa yang ingin mengambil gambar inilah masanya kerana kebiasaan nya orang akan bergambar di atas darat kan berdiri kat helang tu tapi kita orang luar biasa sedikit berlatar belakang kan Dataran Helang tetapi di atas kapal...curlasss kann..hahaha

SEA SPLASH are the FIRST and the ONLY Non-Alcohol Cruise in Langkawi.



Memang sangat seronok bila berada di atas kapal ni sebab this is my first time, so memang perasaan excited sangat sangat tinggi...haha. Selepas dah bergambar apa semua kat Dataran Helang ni kita orang bagi Helang makan pulak...haa macam mana tu ?  ada laa tempat istimewa ni untuk beri makan kepada Burung Helang liar. Memang sangat banyak Burung Helang dekat kawansan tu, korang tabur je makanan nanti datang lah dia....



Selepas selesai aktiviti bagi helang makan ni kita orang pon bergerak ke tempat yang lain untuk melakukan aktiviti Jakuzi Net di laut yang luas dan cantik hanya di Langkawi. Selepas Helang ni semua dah kenyang turn kita orang pulak untuk kenyang kan diri masing masing...dah macam macam aktiviti kita orang buat pada hari ni memang sesangat lah lapar.


Kami di hidangkan oleh pihak SEA SPLASH Langkawi dengan hidangan yang sangat sedap dan menarik perhatian dan nafsu kita orang untuk makan sampai licin...hahaha. Bila dah excited sangat nak makan maka terlupa lah aku untuk mengambil gambar nya...last last ini je yang hado sedih. Sebenarnya ada banyak hidangan yang kami dapat makan seperti ayam bakar, kambing bakar, salad in ice cream cone, mee goreng, kek, kuih muih dan macam macam lagi. 

SEA SPLASH are the FIRST and the ONLY Non-Alcohol Cruise in Langkawi.



Muka happy dapat main air dan perut dah kenyang,,hehehe apa lagi yang nak di complaint kalau dah semuanya perfect. Thank you SEA SPLASH Langkawi for making this trip worth it.



Kami juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan captain kapal kami, dia lah orang yang bertanggungjawab membawa kapal ini pergi dan balik dengan selamat...thank you captain jack sparrow..ehh tiberrr itu lanun lah...hahahaha 😄😄😄



Cantik bukan ? View yang sangat cantik dan kita orang pon cantik cantik so view itu akan berkali kali cantik...hahaha. Ini lah yang kita mahukan selain daripada melepak lebih baik kita habiskan masa bersama kawan kawan kita dengan aktiviti macam ni baru berlbaloi dan tak dapat dilupakan.



Memang tidak dapat di bayangkan dengan kata kata sebab aktiviti kali ini sangat seronok dan memorable so guys please kumpul duit lagi for next trip ke Langkawi again..haha. Sangat sangat berbaloi, korang tak perlu ke luar negara habiskan duit lebih baik bercuti di dalam Malaysia pon dah cukup.  

Banyak tempat tempat dan aktiviti yang menarik korang boleh lakukan sewaktu korang berada di Langkawi. Aku dah jatuh cinta dengan Pulau Langkawi anda bila lagi ? ehh tiberr...hahaha
This trip is the best in my life thank you SEA SPLASH Langkawi kerana sudi membawa kami berjalan jalan keliling Pulau Langkawi...LOVE U SEA SPLASH LANGKAWI 


For more info please visit this website :

https://www.seasplashlangkawi.com/
https://www.instagram.com/seasplashlangkawi/?hl=en
https://www.facebook.com/Sea-Splash-Langkawi-787455381359046/

info@seasplashlangkawi.com

+604 961 0589

Lot 12, Royal Langkawi Yacths Club, Jalan Dato Syed Omar, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia

Share with your friends

Give us your opinion

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain.
Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh
menghubungi saya okay.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan.
Ia boleh berubah tanpa perlu sebarang pemberitahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.