THE BEST 3 HOTEL TO STAY IN LANGKAWI - FROM ALIEN TO BLOGGER

Tuesday, November 6, 2018

THE BEST 3 HOTEL TO STAY IN LANGKAWI

Hi dan assalamualaikum semua...harini aku nak cadangkan sedikit cadangan untuk korang bagi sesiapa yang dekat luar sana nak cari tempat penginapan yang selesa, cantik, dan strategik. Okay jom sambung baca sampai habis.

Harini aku nak bagi a few option dekat korang yang nak kan tempat penginapan yang mewah,selesa, cantik dan memuaskan hati.

NO.1 OMBAK VILLA LANGKAWI 




Kolam renang dewasa dan juga kanak kanak di sediakan di sini bagi menceriakan hari mereka dengan bermain air di kolam renang. Berseronok boleh tapi jaga keselamatan okay, terutama kanak kanak...kawasan kolam mesti licin sedikit ya jadi berhati hati lah ya.



Biliknya yang sangat luas, berhadapan dengan Laut Andaman dan sangat tenang dihias dengan perlbagai tumbuhan hijau yang membuat kan tempat ini sejuk sentiasa. Ombak Villa Langkawi ini terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Langkawi hanya lebih kurang 5km sahaja.



Selesa bukan ? Keluasan dia sangat sesuai untuk yang datang ke Langkawi ini dengan keluarga dan kawan kawan. Semua kemudahan di sediakan di dalam bilik ini lengkap, antaranya adalah TV, air-cond, iron & iron board, peti keselamatan, peti sejuk, reading table, telephone, water heater, dan macam macam lagi lah. Sangat lengkap seperti berada di rumah sendiri.

NO.2 ROYAL LANGKAWI YACHT CLUB

Yang mana lebih sukakan view laut yang cantik terbentang luas bila selak je langsir bilik buka je pintu balkoni nampak laut yang membiru ini lah tempat nya....



Di sini tarikan utama nya adalah kapal kapal yang berlayar dan parking di sini membuatkan nya menjadi satu tarikan yang menarik untuk pelancong dan sesiapa sahaja yang datang ke sini. Kebanyakan orang dan juga pelancong yang datang ke Pulau Langkawi ini mereka menggunakan jalan laut atau pon berlayar dari negara ke negara lain menggunakan kapal layar mereka sendiri. Ada juga yang datang menaiki kapal terbang tetapi tidak seramai yang datang menggunakan kapal layar.



Biliknya sangat bersih dan luas membuatkan korang akan jadi malas nak keluar bilik...hehehe. Bila dah baring kat sini macam nak cancel semua aktiviti dan hanya nak berehat di bilik sebab bilik dia sangat selesa. Semua kemudahan sudah tersedia seperti minuman 3in1, mineral water, TV, water heater, kipas, air-cond dan macam macam lagi. Korang hanya perlu datang bawa badan dan pakaian sahaja. Kalau bosan tengok TV korang boleh tengok view laut kat luar tingkap bilik korang tu....

NO.3 NADIS HOTEL 

Di Nadias Hotel ini sangat sangat sesuai untuk keluarga mahu pon golongan remaja sebab lokasi hotel ini sangat strategik...betul betul berada di kawasan Pantai Cenang, so dekat sini banyak kedai kedai cenderamata, restoran, dan kedai bebas cukai.



Bersebelahan Nadias Hotel adalah Cenang Mall so dalam ini ada restoran seperti OldTown White Coffee, KFC, Starbucks, Mc'donalds (Kiosk air dan ice cream sahaja)...terdapat juga kedai cenderamata, guardian dan maybank.


Pandangan panorama daripada depan lobby Nadias Hotel pada siang hari. Kat sebelah depan tu terdapat banyak kedai kedai yang menjual makanan, cenderamata dan kedai urut kaki...bila korang dah penat jalan jalan kat Pantai Cenang ni boleh laa urut kaki sekali...hehe.



Bilik dia sangat luas dan selesa, semua kelengkapan bilik telah disediakan oleh pihak Nadias Hotel seperti TV,3in1, mineral water, peti sejuk, air-cond, water heater, toiletries  dan macam macam lagi.



On the top of the building Nadias Hotel menyediakan bar untuk korang lepak lepak minum dan bagi yang bukan muslim boleh lepak minum alkohol di atas ini...sambil menikmati pandangan Pantai Cenang dari tingkat atas Nadias Hotel ini.


Kolam renang juga di sediakan di tingkat bawah. Indoor pool yang luas dan sejuk so boleh laa luangkan sedikit masa untuk belajar berenang kat sini..hehehe.

Okay itu sahaja yang aku boleh cadangkang untuk korang..untuk info yang lebih lanjut korang boleh lawati website setiap hotel yang berada di bawah ni ya....


OMBAK VILLA LANGKAWI - http://www.ombakvillalangkawi.com/

ROYAL LANGKAWI YACHT CLUB - http://www.langkawiyachtclub.com/

NADIAS HOTEL - https://www.nadiashotel.com/V2/#home

Share with your friends

Give us your opinion

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain.
Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh
menghubungi saya okay.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan.
Ia boleh berubah tanpa perlu sebarang pemberitahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.