The Magnificent "Hotel De Art" Shah Alam - FROM ALIEN TO BLOGGER

Monday, July 23, 2018

The Magnificent "Hotel De Art" Shah Alam

Hey you guys...sihat ? Aku ada cerita ni nak bagi tahu korang..nak dengar tak ? Okay aku start yer..


Post ini mengenai sebuah hotel yang sangat unik dan menarik dan aku rasa korang perlu tahu..so pay attention okay apa yang aku nak ceritakan ni. Nama hotel ini adalah Hotel De Art yang beralamat di Seksyen 9 Shah Alam, hotel ini mempunyai lima cawangan di lima kawasan yang berbeza...Setiap satu Hotel De Art ini mempunyai tema nya yang tersendiri so tak semua hotel dia ni sama je rupanya dia ada lain-lain dekorasi, hiasan, dan corak.

Aku diberikan kesempatan untuk menginap di Hotel De Art yang berada di Shah Alam, Seksyen 9 selama 2 hari 1 malam. Walaupun tak dapat menginap lama di Hotel De Art ni disebabkan jadual yang sibuk aku tetap dapat merehatkan badan dan minda dengan sangat tenang dan selesa apabila berada di Hotel De Art ni.


Bagi sesiapa yang nak menginap lama di Hotel De Art ni tak perlu risau baju tak terbasuh or baju habis sebab tak dapat basuh. Di bawah Hotel De Art ni disediakan DOBI layan diri so tak perlu laa nak bawak baju penuh 1 luggage 40kg tu..hahahah

Reception yang sangat mesra dan cantik-cantik tambah pula dengan hiasan dan corak dinding yang sangat unik dan menarik.











Bila dah tengok hotel di punya reception mesti kita akan bayangkan rupa bilik dia kan ? betul tak...korang mesti terfikir macam tu jugak kan. Mesti kita jadi tak sabar nak tengok corak bilik dia pulak kan...sebab itu laa Hotel De Art ni unik setiap bilik yang mereka ada corak nya tersendiri setiap bilik  tidak sama. Untuk Hotel De Art di Seksyen 9 Shah Alam ini tema nya adalah "Hope & Inspiration" so bagi korang yang nak kan inspirasi untuk menulis blog boleh la cuba menginap di Hotel De Art ini. Next, let see dia punya bilik...aku nak masuk bilik ni korang nak ikut tak ? Tadaaa (buka pintu).....




Cantik tak bilik I uolls ? Jangan jealous ya korang...hehehe. Bilik yang sangat cantik, selesa, dan bersih. Lepas check-in hotel perut mesti lapar kan ? Kat sini korang tak perlu risau sebab banyak kemudahan yang berada dekat dengan hotel ni...contohnya KFC betul-betul berada di sebelah dobi kat bawah hotel, selain daripada tu ada kedai Mamak, 7-Eleven, KK Mart, Giant, Guardian dan macam-macam lagi lah. Okay laa aku dah lapar ni...nak pergi makan KFC laa gerak lu pape roger...kalau ada apa-apa pertanyaan refer info kat bawah ni yer.

Hotel De Art Section 9
No.26 Jalan Tengku Ampuan Zabedah G9/G,
Section 9,
40000 Shah Alam,
Selangor
+603-58887890

For more info please visit www.hoteldeart.com.my















Share with your friends

1 comment

  1. Ya Tuhan, cantikknyaa .. Serius lah ..bestnya ..hope dapat bawak aku gi sama nanti okay ..hehehehe ..

    ReplyDelete

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain.
Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh
menghubungi saya okay.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan.
Ia boleh berubah tanpa perlu sebarang pemberitahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.