First Post !! Wanna See How I Get Involved in Bloggers World ? - FROM ALIEN TO BLOGGER

Thursday, July 19, 2018

First Post !! Wanna See How I Get Involved in Bloggers World ?

Hi...firstly aku akan kenalkan diri saya laa yer nanti kalau bebel panjang korang tak tahu pulak siapa aku ni..hehehe. Okay lets start, Hi guys nama aku Ahmad Asyraf korang boleh panggil acap or si comel...hahaha gurau jelaa. Umur saya pada tahun 2018 ni 24 tahun anak yang ke-3 daripada 6 adik beradik of course laa aku yang paling helok dari yang lain..hahaha berangan lagi. Aku tinggal di Gombak dan bekerja sebagai Admin & HR Assistant di UIA Gombak tapi itu dulu laa, sekarang bekerja di construction company di Wanga Maju jawatan yang sama jugak...kuli office je dikk..hehe.

Okay, nak tahu macam mana aku terlibat dalam dunia bloggers ni ? Cerita nya bermula macam ni...pada tahun 2017 aku kenal sorg mahkluk Tuhan ni nama dia pon Asyraf jugak dia ni seorang blogger yang sangat helok, lepas kenal dia ni dalam masa 1 tahun ni macam-macam event dia bawak aku atas nama media or blogger. Lepas tu dapat macam-macam goodies bag, hadiah, voucher, dan banyak lagi lah, aku pon seronok laa dapat macam-macam kan siapa yang tak suka benda free kan..hehehe.

Lepas dah pergi banyak event si blogger asyraf ni kenalkan laa aku dengan team bloggers dia yang lain...baru aku tahu wehh bloggers ni sangat ramai dan macam-macam jenis rupa, perangai, dan size badan..hahaha. Dunia bloggers ni bila aku perati kan macam artis laa lebih kurang cuma tak keluar tv and dikenali ramai je. One of the members from team bloggers yang kawan aku kenalkan tu dia ni seorang perempuan yang lasak dan aktiviti yang dia buat tu sume yang aku suka buat...Murni nama dia...so kita orang jadi rapat selalu keluar makan, lepak dan bergossip.

So dia orang berdua ni laa yang suruh aku cuba masuk dalam dunia bloggers ni, si Asyraf dan Murni ni. Aku pon fikir laa why not kan try sesuatu yang baru, sebab seronok jugak bila tengok diaorg ni pegi sana sini bercuti di sponsor, makan free sana sini best kan? Tapi bukan pegi kosong je tau kena buat kerja jugak tau.

So itu lah cerita nya macam mana aku terlibat dalam dunia blogger ni...nak aku letakkan sekali tak gambar si Asyraf dan Murni ni ? So korang boleh tahu macam mana rupa dua orang blogger yang dah lama dan berjaya dalam dunia blogger ni.






Share with your friends

2 comments

  1. Wahhh!! Dah ada tambah lagi geng.. moga perkongsian & journey yy kita lalui dlm dunia blogging nie dapat memberi informasi & manafaat semua.. welcome buddy!!

    ReplyDelete
  2. Gambar kami mana ?? Tunjuk tunjuk ..nak femes jugak ...

    ReplyDelete

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain.
Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh
menghubungi saya okay.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan.
Ia boleh berubah tanpa perlu sebarang pemberitahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.